Pengalaman dalam kerjaya, pendidikan malah aktiviti seharian seperti
memandu kereta dan membaca kesemuanya menyumbang kepada catatan-catatan
di dalam blog ini. Pengalaman seharian penulis dicatat di dalam blog ini
segalanya berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau marketing dalam Bahasa Inggeris. Segala yang sempat dicerap oleh pancaindera penulis akan menghasilkan catatan yang lebih terarah kepada Marketing Communication
yang melibatkan segala aktiviti seperti pengiklanan, penjenamaan,
rekabentuk grafik, pemasaran, pembungkusan, promosi, publisiti,
penajaan, perhubungan awam, jualan, promosi jualan dan promosi online.
Dalam bahasa yang mudah (terdapat juga percampuran bahasa) apa
sahaja yang terbabit dalam unsur-unsur di atas akan mengundang penulis
untuk memberi ulasan, memuji, mengomen atau mengkritik sebagai
perkongsian idea yang diharapkan boleh dimanfaat bersama. Sebagai contoh
unsur-unsur yang terlibat adalah seperti banner yang digantung
pada pagar Masjid Kg. Baru, promo pil maajun di radio Sinar, hebahan di
belon yang merentasi udara Bukit Damansara, pelekat kartun di gas pump nozzle stesen minyak Petronas, hebahan funfair konsert rock XPDC dari van bergerak, pengedaran flyers zakat selepas solat Jumaat, billboard 1Malaysia
di Pandan Indah, serang balas iklan Streamyx terhadap P1Wimax, ajakan
merasa makanan di Maira Cafe, promoter menggantung bunting di leher dekat hadapan Gulatis Jalan TAR dan sebagainya.
Penulis percaya setiap hasil karya kreatif seperti skrip, copywriting, design, layout, susun
letak dan sebagainya yang terpapar di blog ini mempunyai idea dan
justifikasi tersendiri yang cuba disampaikan oleh pemiliknya. Di samping
ulasan dan kritikan dari penulis, penulis mengalu-alukan input yang
sama dari pembaca budiman mahupun dari MarCom Manager (Pengurus
Komunikasi Pemasaran/pemilik iklan) sendiri. Semoga input yang
diberikan mampu menjana idea baru untuk faedah kita bersama.
Penulis berusaha sedaya upaya memastikan setiap entry yang dihantar mengandungi maklumat yang tepat daripada segi subjek yang dibincangkan.
[ Petikan tulisan Sdr. M Fakhrurrazy M Ariff dalam intro blognya ]
Isnin, 1 September 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami berbesar untuk menerima sebarang pandangan dan komen. Kepada yang berminat dengan produk kami, terima kasih atas sokongan anda.