Isnin, 22 September 2014
Rabu, 3 September 2014
Selasa, 2 September 2014
:: Suatu Waktu Di Giatmara ::
Sebagai permulaan untuk memeriahkan blog ini, aku tercari-cari tentang material yang aku boleh kongsikan. Dalam mencari-cari itu, aku terjumpa satu set gambar sewaktu aku menjalani latihan di Pusat GiatMARA Bukit Payung, Terengganu pada tahun 2009.
Aku ke sana dengan tekad mencari ilmu walaupun bagi sesetengah pendapat usia aku sudah terlewat untuk itu. Hari pertama mendaftarkan diri memang terasa agak kekok. Pertamanya kerana dalam kumpulan berbagai kursus pada sesi itu hanya aku dan seorang pelatih lain yang berusia lebih daripada 30 tahun. Selainnya rata-ratanya adalah anak-anak muda lepasan SPM.
Keduanya, hanya aku dan seorang pelatih lain (jika tidak dikira yang kampung asalnya juga di Terengganu) berasal dari luar negeri Terengganu. Terasa bingung juga tatkala kali pertama mendengar loghat negeri mereka yang pekat.
Namun itu semua tidak menjadi halangan. Aku yakin ilmu yang aku timba ini akan memberi munafaat kepada aku di kemudian hari.
Bagusnya belajar di Pusat Giat ialah kau diberi elaun bulanan. Selain method pembelajaran adalah teori di waktu pagi dan praktikal di waktu petang. Jika bernasib baik akan ada projek-projek inkubator untuk disiapkan. Ini dapat memberikan pengalaman sebenar kepada peserta kursus.
Gambar-gambar yang aku gelidah dan jumpa ini adalah salah satunya.
Nama Projek : Tangki Ternakan Ketam Nipah.
Kuantiti : 2 unit Room & 1 unit Water Filter
Tempoh Penyiapan : 10 hari
Harga : PM aku. Hehehe...
Isnin, 1 September 2014
:: 'Throwback' 2011 ::
Aku baru berpindah ke premis baru aku awal 2011. Alhamdulillah, setelah bertahun menyewa di tempat orang kini aku berjaya memiliki 'all in one' sendiri. Bengkel, pejabat, kedai, rumah. Berbaloi walaupun tidaklah sebesar mana (20' x 70').
Di sinilah tempat aku mengerah tenaga. Pagi, petang, malam...kadang-kadang sampai ke subuh esoknya. Bukan senang mahu senang kan?
Apa pun aku cukup gembira kerana semua kini di bawah kawalan aku sendiri. Minat yang menjadi hobi. Hobi yang menjadi sumber pendapatan. Kau tidak tahu apa hobi aku?
Hobi aku bertukang, usik sana usik sini demi menyiapkan sesuatu benda. Mungkin kalau tiada premis ini, aku pernah membayangkan seorang tua, di atas pangkin, di bawah pohon ceremai misalnya. Membetulkan cermin mata. Menghadap seni pertukangan tangannya sendiri. Asyik!
Syukur, Tuhan memberikan anganan aku itu dalam bentuk yang lebih sempurna. Tidak perlu lagi aku menanam pohon ceremai bermula dari sekarang.
Untuk keselamatan dan meningkatkan sedikit demi sedikit 'syurga' aku ini, aku memasang jeriji besi. Semuanya aku lakukan sendiri dengan bantuan pekerja-pekerja aku.

:: Pengiklanan Bukan Sekadar Kreativiti Jalanan ::
Pengalaman dalam kerjaya, pendidikan malah aktiviti seharian seperti
memandu kereta dan membaca kesemuanya menyumbang kepada catatan-catatan
di dalam blog ini. Pengalaman seharian penulis dicatat di dalam blog ini
segalanya berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau marketing dalam Bahasa Inggeris. Segala yang sempat dicerap oleh pancaindera penulis akan menghasilkan catatan yang lebih terarah kepada Marketing Communication
yang melibatkan segala aktiviti seperti pengiklanan, penjenamaan,
rekabentuk grafik, pemasaran, pembungkusan, promosi, publisiti,
penajaan, perhubungan awam, jualan, promosi jualan dan promosi online.
Dalam bahasa yang mudah (terdapat juga percampuran bahasa) apa sahaja yang terbabit dalam unsur-unsur di atas akan mengundang penulis untuk memberi ulasan, memuji, mengomen atau mengkritik sebagai perkongsian idea yang diharapkan boleh dimanfaat bersama. Sebagai contoh unsur-unsur yang terlibat adalah seperti banner yang digantung pada pagar Masjid Kg. Baru, promo pil maajun di radio Sinar, hebahan di belon yang merentasi udara Bukit Damansara, pelekat kartun di gas pump nozzle stesen minyak Petronas, hebahan funfair konsert rock XPDC dari van bergerak, pengedaran flyers zakat selepas solat Jumaat, billboard 1Malaysia di Pandan Indah, serang balas iklan Streamyx terhadap P1Wimax, ajakan merasa makanan di Maira Cafe, promoter menggantung bunting di leher dekat hadapan Gulatis Jalan TAR dan sebagainya.
Penulis percaya setiap hasil karya kreatif seperti skrip, copywriting, design, layout, susun letak dan sebagainya yang terpapar di blog ini mempunyai idea dan justifikasi tersendiri yang cuba disampaikan oleh pemiliknya. Di samping ulasan dan kritikan dari penulis, penulis mengalu-alukan input yang sama dari pembaca budiman mahupun dari MarCom Manager (Pengurus Komunikasi Pemasaran/pemilik iklan) sendiri. Semoga input yang diberikan mampu menjana idea baru untuk faedah kita bersama.
Penulis berusaha sedaya upaya memastikan setiap entry yang dihantar mengandungi maklumat yang tepat daripada segi subjek yang dibincangkan.
[ Petikan tulisan Sdr. M Fakhrurrazy M Ariff dalam intro blognya ]

Langgan:
Catatan (Atom)