Aku baru berpindah ke premis baru aku awal 2011. Alhamdulillah, setelah bertahun menyewa di tempat orang kini aku berjaya memiliki 'all in one' sendiri. Bengkel, pejabat, kedai, rumah. Berbaloi walaupun tidaklah sebesar mana (20' x 70').
Di sinilah tempat aku mengerah tenaga. Pagi, petang, malam...kadang-kadang sampai ke subuh esoknya. Bukan senang mahu senang kan?
Apa pun aku cukup gembira kerana semua kini di bawah kawalan aku sendiri. Minat yang menjadi hobi. Hobi yang menjadi sumber pendapatan. Kau tidak tahu apa hobi aku?
Hobi aku bertukang, usik sana usik sini demi menyiapkan sesuatu benda. Mungkin kalau tiada premis ini, aku pernah membayangkan seorang tua, di atas pangkin, di bawah pohon ceremai misalnya. Membetulkan cermin mata. Menghadap seni pertukangan tangannya sendiri. Asyik!
Syukur, Tuhan memberikan anganan aku itu dalam bentuk yang lebih sempurna. Tidak perlu lagi aku menanam pohon ceremai bermula dari sekarang.
Untuk keselamatan dan meningkatkan sedikit demi sedikit 'syurga' aku ini, aku memasang jeriji besi. Semuanya aku lakukan sendiri dengan bantuan pekerja-pekerja aku.
Isnin, 1 September 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)







Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami berbesar untuk menerima sebarang pandangan dan komen. Kepada yang berminat dengan produk kami, terima kasih atas sokongan anda.