Selasa, 2 September 2014
:: Suatu Waktu Di Giatmara ::
Sebagai permulaan untuk memeriahkan blog ini, aku tercari-cari tentang material yang aku boleh kongsikan. Dalam mencari-cari itu, aku terjumpa satu set gambar sewaktu aku menjalani latihan di Pusat GiatMARA Bukit Payung, Terengganu pada tahun 2009.
Aku ke sana dengan tekad mencari ilmu walaupun bagi sesetengah pendapat usia aku sudah terlewat untuk itu. Hari pertama mendaftarkan diri memang terasa agak kekok. Pertamanya kerana dalam kumpulan berbagai kursus pada sesi itu hanya aku dan seorang pelatih lain yang berusia lebih daripada 30 tahun. Selainnya rata-ratanya adalah anak-anak muda lepasan SPM.
Keduanya, hanya aku dan seorang pelatih lain (jika tidak dikira yang kampung asalnya juga di Terengganu) berasal dari luar negeri Terengganu. Terasa bingung juga tatkala kali pertama mendengar loghat negeri mereka yang pekat.
Namun itu semua tidak menjadi halangan. Aku yakin ilmu yang aku timba ini akan memberi munafaat kepada aku di kemudian hari.
Bagusnya belajar di Pusat Giat ialah kau diberi elaun bulanan. Selain method pembelajaran adalah teori di waktu pagi dan praktikal di waktu petang. Jika bernasib baik akan ada projek-projek inkubator untuk disiapkan. Ini dapat memberikan pengalaman sebenar kepada peserta kursus.
Gambar-gambar yang aku gelidah dan jumpa ini adalah salah satunya.
Nama Projek : Tangki Ternakan Ketam Nipah.
Kuantiti : 2 unit Room & 1 unit Water Filter
Tempoh Penyiapan : 10 hari
Harga : PM aku. Hehehe...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)







Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami berbesar untuk menerima sebarang pandangan dan komen. Kepada yang berminat dengan produk kami, terima kasih atas sokongan anda.